Wednesday, July 29, 2009

Hari-hari Terakhir Sebelum Aku Pergi

Insyaallah pada 3hb Ogos depan aku akan mula training untuk projek Train & Place selama 3 bulan di bawah Kementerian Sumber Manusia sebelum aku di’campak’ ke mana-mana company untuk jalankan tugas aku dalam bidang multimedia. Arghhh…rasa cam malas jer nak ke kelas balik.


Lepas ni no more lepak, no more overnite and no more chill la…tiap-tiap malam tido awal, pastu siang lak kena face the damn bored office hour ngan berbungkuskan kemeja and tie, and yang paling menyakitkan hati kena redah traffic jam kat tengah town KL tiap-tiap hari…hahaha…sume aku dah nampak dah. And yang paling jelas aku nampak, Fiktif Sebuah Kehidupan ni akan jarang la diupdate coz I’m gonna be a workaholic...maybe blog akan terbengkalai lama sebelum diupdate lagi.


So kat sini aku nak say thanx a lot to all my followers, silent readers and semua yang banyak support, komen-mengomen post-post aku selama ni. Korang memang best.


Sebagai penghargaan aku nak kasi award kat bawah ni kat sorang abang hensem and 2 orang akak cumil…Shah, Farie and Sha…no excuse, wajib amek okeh! Penat aku tempah award nih…hehe.


Amek jangan tak amek...


Ada jer masa terluang aku akan update lagi blog aku nih okeh…peace=)

Thursday, July 23, 2009

Penghargaan Buat Encik Ulat

Sempena besday Ulat dan juga sempena Mega Sale yang tengah havoc skang ni, aku telah mengambil inisiatif dengan menge'pow' Quiksilver membership card beliau untuk kepentingan diri aku sendiri...hehe.


Dan hasilnya sangat memberangsangkan. Berjaya jugak lah aku bawak kuar beberapa helai kain songket dan kain batik dari butik Quiksilver kat Pavilion tuh (gilo apo beli kain..?). Nasib baik Roxy takder untuk laki...kalo tak ngan Roxy sekali aku sapu...

Ada sesape nak bagi pinjam membership A|X kat aku tak?Hahaha...

Pointnya di sini aku nak say thanks and nak wish hepy besday kat ko Ulat. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dah besar pun ko...bawak-bawak lah jadi orang tua lak...hehe. Next year kasi pinjam membership ko lagi yerk...=p

Beliau...

Overall, lu memang kawan gua paling best lah!

Monday, July 20, 2009

Ketidakfahaman Aku Dengan Segelintir 'Bunga'


“Lihatlah dunia...aku gadai maruah aku, aku takder harga diri!”…ni la kot ayat yang sesuai untuk aku translatekan perlakuan sesetengah ’anak dara’ (dara ke?) yang cukup bangga dengan diri mereka yang pernah menjadi santapan ramai jantan sepanjang hidup mereka...tak cukup dengan couple, skandal sana-sini. Kononnya matang, experience level tinggi, tidak nerd la...kasi angkat jari hantu la wei! Ini timur, bukan US wahai gurls sekalian...menjijikkan...

Maybe aku tak heran sangat la bila laki bangga sangat and suka menunjuk-nunjuk yang dia pernah meniduri pompuan sana-sini...situasi yang biasa aku lihat. Kengkawan aku (laki) pun ramai yang dikategorikan sebagai player. Tapi bila title player tu goes to pompuan, aku rasa sangat tak sesuai, coz bagi laki tak rugi apa-apa pun actually…maruah seorang lelaki tak goyah dengan perilaku tak bermoral tu (walaupun golongan laki juga tak sepatutnya berkelakuan sebegitu). Tapi bila pompuan dengan sukacitanya mewarwarkan yang diri mereka pernah ditiduri si jantan, alamak ai...mengaibkan dowh. And aku percaya mana-mana laki pun takkan bercadang untuk build a serious relationship dengan pompuan macam ni atau dengan kata lain takleh dibuat bini...sekadar untuk geli-geli tu maybe.

Bukan niat aku untuk menghina sesiapa, tapi tolong jangan rasa bangga dengan attitude buruk yang ada pada anda tu. Aku kesian sebenarnya. Sebagai konklusinya, aku nasihatkan gadis-gadis di luar sana yang pernah take part dalam 'aktiviti' luar nikah seperti yang dinyatakan di atas, tak payah lah nak bangga-bangga dengan maruah korang yang dah sama level dengan tapak kasut aku tu...diam-diam sudeyh. Ubahlah sikap selagi sempat...itu yang terbaik.

P/s: Girlfriend and wife-to-be, two same title with quite different meaning...

Monday, July 13, 2009

Kubawa Hati Ke Tanjung Bidara

ROTS Wangsa Maju (khusyuk layan acara tarik tali)

Konvoi terbuka 11 & 12hb 7 anjuran ROTS Malaysia yang melibatkan 1500 buah motor dan lebih kurang 50 buah kereta ini telah dilepaskan oleh Bro Amy Search di perkarangan pejabat Umno Cheras, Kuala Lumpur.


Orang-orang kuat Wangsa Maju...hehe


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun jumlah peserta yang join event kali ni agak tak masuk akal bagi sebuah konvoi tanpa escort dari PDRM. Motor jem tu biasa la. Dah sekor-sekor rembat cam pelesit (200km/j pelesit pun tercicir kot). Tapi takder masalah, beberapa buah Storm dan Hilux sedia menanti untuk kutip motor-motor bermasalah ni.


Melepet kat dalam van (kesian lak ngan kengkawan aku nih)


Trimas to marshall-marshall yang telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen (RXZ korang memang gila la wei, BMW Bro Mie pun tak terkejar dibuatnya) dan team-team lain especially Peace Kuantan, Reckon (Perak) dan Set Setting yang turut menjayakan program anjuran ROTS ni.


Bersantai ditemani hembusan bayu Selat Melaka

Konvoi bertolak dari KL jam 12 tengah malam dan selamat sampai di Tanjung Bidara Melaka area jam 4 pagi...tempoh perjalanan yang agak lama coz setiap kali singgah kat hentian memakan masa 30 minit - 1 jam...naik jemu aku melepet lama-lama kat hentian. Berbagai acara dan sukaneka dijalankan sepanjang berada di Tanjung Bidara bagi mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara team dan ahli-ahli ROTS dari seluruh Malaysia.


Bunga-bunga di taman larangan...=)

Then, konvoi bergerak ke MITC Ayer Keroh bagi majlis penutup dengan ucapan daripada Ketua Menteri Melaka mengakhiri event of the year 2009 ni and lastly bertolak balik ke KL area jam 9 malam 12hb 7.


Bahana kelajuan (kan dah tangkap piston...ngeh3~)

I'm So Owesome! (kena tag la pulak)

Oh no, I’ve been tagged!

Nasib baik 5 soalan jer. Apapun aku nak bagi jawapan dalam Malay jer coz cikgu English aku mati sebelum ajar aku jawab soalan tag, or dengan kata lainnya aku memang tak pandai BI…ngee~



1. Who is the owesome person who tagged you? (don’t forget to link)

Najmie or real name beliau Khairun Najmi binti Kamisan (takder la kenal sangat tapi dengan senang hatinya beliau tag aku...hehe). By the way thanks coz at least ada gak idea aku nak post something.

2. Tell us something about you…

Nama betul aku Mohd Zharif bin Mohd Thani, umur 22 tahun. Aku anak bongsu mak ayah aku, tak suka math (since aku failed add math SPM), suka bahan orang, a heavy smoker (but not addicted to smoke), selalu makan ubat gigi Kodomo Lion time kecik, malas wat assignment, tak suka susahkan member, benci giler kena tipu, tak berkira sangat bab duit, tak suka guna jamban duduk, penyegan (segan ke?), shopaholic (ingat pompuan je ke), obsess to vintage and branded stuff, kereta & RXZ, suka tidur tapi senang terjaga (damn!), malas kemas bilik, tak pandai masak (kupas bawang pun sejam), suka hang out, pendiam tapi jadi sakai bila ngan kengkawan. Dah, cukup.

3. What is your reason to blog?

Harimau mati meninggalkan belang, tapi aku mati nak tinggalkan blog ni…hahaha

4. List and link 5 favourite post from your blog...

~ Upacara Menggegarkan Medula Oblongata dan Rakan-rakan [click here]
~ Keselekehan Terserlah [click here]
~ Jihad Si Alcoholic [click here]
~ Hikayat Dari Bawah Tanah [click here]
~ Rempit Ke Kami??? [click here]

Komen-mengomen la yer...=)

5. Tag 5 owesome people and inform them that they have been tagged by you…

~ sha
~ shah
~ farie
~ miss eila
~ miserable azue

Friday, July 3, 2009

Revenge of The Fallen Review


Super aksi…tu jer yang aku boleh komen pasal the latest Transformers movie, Revenge of The Fallen…memang puas hati. Aku baru jer lepas layan kat GSC Pavilion.


3 Autobots dan 1 Decepticon (Ulat)...hahaha


Seperti yang terdahulu, ianya padat dengan aksi…unsur sedih, humor dan cinta tidak ketinggalan…standard. Tapi agak banyak perbezaan yang diketengahkan dalam Transformers kali ni berbanding yang sebelumnya. Antaranya kemunculan watak-watak baru Transformers seperti The Twin (Skids & Mudflap), Autobots kembar yang kejer nak bergaduh jer. Pastu the big one Devastator, robot besar Decepticon hasil dari cantuman beberapa buah kenderaan berat.


Bagi yang dah tengok, perasan tak yang Megatron tidaklah sekuat seperti dalam Transformers yang terdahulu. Tapi ada logik gak, mungkin sebab terlalu lama ’koma’ kat dasar laut sambil dikawal tentera laut Amerika. Sedangkan Optimus Prime lak terus hidup selepas menewaskan Megatron dalam Transformers yang sebelumnya...pastu siap bekerjasama dengan bala tentera Amerika, mungkin itu menjadi suatu training bagi beliau yang menjadikan beliau lebih hebat.


Menanti jam 12 malam


Aku paling gemar babak pertarungan antara Autobots dan Decepticon kat hutan (scene di mana Optimus Prime mati). Kalau lah aku jadi Sam Witwicky dah lama aku kena hempap or terpijak dek besi-besi hidup yang tengah berentap tuh. Camner pun Bumblebee tetap menjadi kawan karib merangkap penyelamat Sam walaupun telah menjadi bisu.


Setengah jam sebelum movie start, Encik Ulat sudah kelaparan

Overallnya best lah, memang gempak. Gaji baru jer kuar, so kalau belum tengok cepat-cepat la serang cinema berdekatan anda.


P/s: Megan Fox boleh menjadi alasan kenapa anda mesti tengok citer nih...ngeh3

Friday, June 26, 2009

Tanpa Fulus Dirimu Takkan Dapat Kutawan

Kalau dulu benda ni orang campak merata-rata coz barang buruk katanya…bawah umah, belakang reban, tempat besi buruk, itulah lokasi-lokasi yang tepat untuk aku gambarkan kat korang betapa tiada harganya benda-benda ni. Tapi itu 10-15 tahun dahulu. Sekarang jangan harap la korang nak tersepak lagi benda-benda ni kat tepi jalan or belakang umah atuk korang...no money no talk. Istilah ”barang buruk” takder lagi dan digantikan dengan istilah ”barang vintage”. Sekarang benda-benda ni umpama mati hidup semula dan telah menjadi suatu fenomena di seluruh negara...mungkin sesuatu yang tidak asing lagi bagi komuniti malaysian riders, tapi aku bikin gak entry pasal benda-benda ni coz aku tau ianya mungkin agak baru bagi korang wahai viewers yang budiman. Here we go...

Item: Sportrim Kawasaki AR 125 Enkei (Japan)
Market semasa: RM2500


Item: Sportrim Kawasaki AR 80 Enkei (Japan)
Market semasa: RM3500

Item: Sportrim Kawasaki GTO Enkei (Japan)
Market semasa: RM3000

Item: Sportrim Kawasaki GTO Classic Enkei (Japan)
Market semasa: RM4500

Item: Sportrim Honda Raider (Korea)
Market semasa: RM1500

Item: Helmet Bell Magnum LTD (USA)
Market semasa: Orange RM15000, Others RM4000

Item: Helmet Bell Magnum Super (USA)
Market semasa: RM1500

Item: Helmet Bell Magnum III (USA)
Market semasa: Green RM4000, Others RM2800 (bergantung kepada warna)

Yup, apa yang tertera di atas adalah rider’s stuff yang dikategorikan sebagai vintage item. Banyak lagi kalau nak dihighlightkan cam sunglasses Ray Ban, Oakley...tapi aku rasa cukup la tu bagi kategori vintage...meh usha apa barang-barang baru yang hot lak.

Item: Helmet Arai Ram III Yamaha Kodo (Japan)
Market semasa: RM4500

Item: Helmet Arai Ram III Taira (Japan)
Market Semasa: Yellow RM5800, Others RM3000

Item: Helmet Arai Ram III Nakano (Japan)
Market semasa: RM4000

Item: Helmet Shoei J-Force III Brave (Japan)
Market semasa: RM2300

Item: Helmet Shoei J-Stream Yamaha Limited (Japan)
Market semasa: RM2500

Dah, cukuplah. Panjang lebar lak nanti kalau aku list sume. By the way, semua harga stuff yang dinyatakan di atas bergantung kepada condition, keoriginalan dan kelengkapan yang disertakan bersama stuff tersebut. Harga juga akan menjadi double atau lebih sekiranya stuff diorder terus dari negara pengeluar especially dari Jepun (bagi kategori vintage khususnya sportrim). Untuk lebih info berkenaan market semasa stuff-stuff ni bolehlah merajinkan diri search kat forum malaysian bikers.

P/s: Kebangkitan...ROTS Malaysia Ride to Tanjung Bidara Melaka on July 11th (gua dah takleh tahan dah ni!).