Friday, July 3, 2009

Revenge of The Fallen Review


Super aksi…tu jer yang aku boleh komen pasal the latest Transformers movie, Revenge of The Fallen…memang puas hati. Aku baru jer lepas layan kat GSC Pavilion.


3 Autobots dan 1 Decepticon (Ulat)...hahaha


Seperti yang terdahulu, ianya padat dengan aksi…unsur sedih, humor dan cinta tidak ketinggalan…standard. Tapi agak banyak perbezaan yang diketengahkan dalam Transformers kali ni berbanding yang sebelumnya. Antaranya kemunculan watak-watak baru Transformers seperti The Twin (Skids & Mudflap), Autobots kembar yang kejer nak bergaduh jer. Pastu the big one Devastator, robot besar Decepticon hasil dari cantuman beberapa buah kenderaan berat.


Bagi yang dah tengok, perasan tak yang Megatron tidaklah sekuat seperti dalam Transformers yang terdahulu. Tapi ada logik gak, mungkin sebab terlalu lama ’koma’ kat dasar laut sambil dikawal tentera laut Amerika. Sedangkan Optimus Prime lak terus hidup selepas menewaskan Megatron dalam Transformers yang sebelumnya...pastu siap bekerjasama dengan bala tentera Amerika, mungkin itu menjadi suatu training bagi beliau yang menjadikan beliau lebih hebat.


Menanti jam 12 malam


Aku paling gemar babak pertarungan antara Autobots dan Decepticon kat hutan (scene di mana Optimus Prime mati). Kalau lah aku jadi Sam Witwicky dah lama aku kena hempap or terpijak dek besi-besi hidup yang tengah berentap tuh. Camner pun Bumblebee tetap menjadi kawan karib merangkap penyelamat Sam walaupun telah menjadi bisu.


Setengah jam sebelum movie start, Encik Ulat sudah kelaparan

Overallnya best lah, memang gempak. Gaji baru jer kuar, so kalau belum tengok cepat-cepat la serang cinema berdekatan anda.


P/s: Megan Fox boleh menjadi alasan kenapa anda mesti tengok citer nih...ngeh3

6 comments:

z.a.r.a said...

perghh...smua kwn2 aku yg dh tgk ckp cite ni best gilerr2...

aku kena tgk jgak la...xleh jdi ni...hehe :)

Unknown said...

transformer memang besh!!!
aku plan nak tgk lagik!!!

night shooter said...

yer2..memang terbaek!

t aku nk download g citer neh..huhu

nofeel said...

mcm2 ak dengar pasal transformer..
tapi kebanyakan nye ckp besh..
huhu.. rase nak tengok.. tapi duit dah melayang kat bende laen.. huhu..

night shooter said...

alah..tiket wyg baru 12inggit..
x jejas pon..:)

Syida Shu said...

transformer kali nih mmg gempakk ((: