Friday, June 19, 2009

Upacara Menggegarkan Medula Oblongata dan Rakan-rakan


Macam layan jer tengok orang wat terjun bungee tuh…terasa gak nak try. Tapi tak bergegar ke nanti otak kita main benda-benda alah camtu? Tak bahaya ke? Adeh...potong stim betul bila diajukan soalan sebegini kan.


Bukan apa, aku pernah gak open citer nak ajak member-member aku gi try bungee jumping tuh...tercabar lak rasa tengok awek-awek pun selamba redah jer terjun. Tapi biasalah, tak semua orang sanggup sahut cabaran tuh. Maka terdengarlah macam-macam alasan dari pihak yang berkenaan. Alasan paling ’best’ yang aku terima berbunyi...

”Weh, bahaya dowh main terjun bungee...orang kata leh jadi bengap lepas terjun sebab otak kita bergegar kuat.”

Ha, elok sangat la tu jadi bengap. Ko kan pandai sangat, apa kata kita bengapkan ko sikit. Aduyai, yang ko dengar sangat teori mengarut tu watper. Lagi bahaya ko superman 200km/h kat highway tu daripada terjun bungee (maybe tak bahaya sangat la kot kalau pakai Shoei or Arai...huhu). Kalau orang kata lepas terjun bungee boleh jadi hensem ko nak terjun ke?

Setahu akulah, otak kita ni dilindungi liquid yang dipanggil serebrospinal yang berhubung dengan tengkorak dengan tisu penghubung yang dipanggil meninges (kalau salah tolong betulkan coz dah dekat 6 tahun aku tak wat revision subjek biologi) yang berfungsi sebagai pelapik yang sangat lembut dalam tengkorak. Tapi make sure anda bukan dikategorikan sebagai bayi coz bayi takder safety tu macam adult. So tak payah risau la, condition otak dijamin tip tiop walaupun anda melakukan aktiviti lasak termasuklah membuat terjunan bungee tuh.

Warning: Faham elok-elok statement di atas. Elakkan dari sengaja menghempuk kepala dengan sebarang objek keras kerana tindakan anda itu akan menggambarkan yang anda sememangnya mintak dihempuk.

3 comments:

z.a.r.a said...

wakakakak sengal weii kawan ko...mane la die dpt teori klau buat bungee boleh jdi bengap?

ntah2 die memang bengap kot? haha!!

Tapi serius best bungee jumping tu...even aku xpernah buat tp satu hari nnti aku nak buat!! yeahh :)

night shooter said...

huhuhu..mano la den tau..
den pon x ponah dongar org men bungee jumping jd bongap..
wakaka..

Just_najmiE said...

bungee jumping?
nak!!!
kat mana ek leh lompat?..
lama dh teringin..
(^^,)

and I'm sure it's completely safe..