Friday, June 26, 2009

Tanpa Fulus Dirimu Takkan Dapat Kutawan

Kalau dulu benda ni orang campak merata-rata coz barang buruk katanya…bawah umah, belakang reban, tempat besi buruk, itulah lokasi-lokasi yang tepat untuk aku gambarkan kat korang betapa tiada harganya benda-benda ni. Tapi itu 10-15 tahun dahulu. Sekarang jangan harap la korang nak tersepak lagi benda-benda ni kat tepi jalan or belakang umah atuk korang...no money no talk. Istilah ”barang buruk” takder lagi dan digantikan dengan istilah ”barang vintage”. Sekarang benda-benda ni umpama mati hidup semula dan telah menjadi suatu fenomena di seluruh negara...mungkin sesuatu yang tidak asing lagi bagi komuniti malaysian riders, tapi aku bikin gak entry pasal benda-benda ni coz aku tau ianya mungkin agak baru bagi korang wahai viewers yang budiman. Here we go...

Item: Sportrim Kawasaki AR 125 Enkei (Japan)
Market semasa: RM2500


Item: Sportrim Kawasaki AR 80 Enkei (Japan)
Market semasa: RM3500

Item: Sportrim Kawasaki GTO Enkei (Japan)
Market semasa: RM3000

Item: Sportrim Kawasaki GTO Classic Enkei (Japan)
Market semasa: RM4500

Item: Sportrim Honda Raider (Korea)
Market semasa: RM1500

Item: Helmet Bell Magnum LTD (USA)
Market semasa: Orange RM15000, Others RM4000

Item: Helmet Bell Magnum Super (USA)
Market semasa: RM1500

Item: Helmet Bell Magnum III (USA)
Market semasa: Green RM4000, Others RM2800 (bergantung kepada warna)

Yup, apa yang tertera di atas adalah rider’s stuff yang dikategorikan sebagai vintage item. Banyak lagi kalau nak dihighlightkan cam sunglasses Ray Ban, Oakley...tapi aku rasa cukup la tu bagi kategori vintage...meh usha apa barang-barang baru yang hot lak.

Item: Helmet Arai Ram III Yamaha Kodo (Japan)
Market semasa: RM4500

Item: Helmet Arai Ram III Taira (Japan)
Market Semasa: Yellow RM5800, Others RM3000

Item: Helmet Arai Ram III Nakano (Japan)
Market semasa: RM4000

Item: Helmet Shoei J-Force III Brave (Japan)
Market semasa: RM2300

Item: Helmet Shoei J-Stream Yamaha Limited (Japan)
Market semasa: RM2500

Dah, cukuplah. Panjang lebar lak nanti kalau aku list sume. By the way, semua harga stuff yang dinyatakan di atas bergantung kepada condition, keoriginalan dan kelengkapan yang disertakan bersama stuff tersebut. Harga juga akan menjadi double atau lebih sekiranya stuff diorder terus dari negara pengeluar especially dari Jepun (bagi kategori vintage khususnya sportrim). Untuk lebih info berkenaan market semasa stuff-stuff ni bolehlah merajinkan diri search kat forum malaysian bikers.

P/s: Kebangkitan...ROTS Malaysia Ride to Tanjung Bidara Melaka on July 11th (gua dah takleh tahan dah ni!).

Friday, June 19, 2009

Upacara Menggegarkan Medula Oblongata dan Rakan-rakan


Macam layan jer tengok orang wat terjun bungee tuh…terasa gak nak try. Tapi tak bergegar ke nanti otak kita main benda-benda alah camtu? Tak bahaya ke? Adeh...potong stim betul bila diajukan soalan sebegini kan.


Bukan apa, aku pernah gak open citer nak ajak member-member aku gi try bungee jumping tuh...tercabar lak rasa tengok awek-awek pun selamba redah jer terjun. Tapi biasalah, tak semua orang sanggup sahut cabaran tuh. Maka terdengarlah macam-macam alasan dari pihak yang berkenaan. Alasan paling ’best’ yang aku terima berbunyi...

”Weh, bahaya dowh main terjun bungee...orang kata leh jadi bengap lepas terjun sebab otak kita bergegar kuat.”

Ha, elok sangat la tu jadi bengap. Ko kan pandai sangat, apa kata kita bengapkan ko sikit. Aduyai, yang ko dengar sangat teori mengarut tu watper. Lagi bahaya ko superman 200km/h kat highway tu daripada terjun bungee (maybe tak bahaya sangat la kot kalau pakai Shoei or Arai...huhu). Kalau orang kata lepas terjun bungee boleh jadi hensem ko nak terjun ke?

Setahu akulah, otak kita ni dilindungi liquid yang dipanggil serebrospinal yang berhubung dengan tengkorak dengan tisu penghubung yang dipanggil meninges (kalau salah tolong betulkan coz dah dekat 6 tahun aku tak wat revision subjek biologi) yang berfungsi sebagai pelapik yang sangat lembut dalam tengkorak. Tapi make sure anda bukan dikategorikan sebagai bayi coz bayi takder safety tu macam adult. So tak payah risau la, condition otak dijamin tip tiop walaupun anda melakukan aktiviti lasak termasuklah membuat terjunan bungee tuh.

Warning: Faham elok-elok statement di atas. Elakkan dari sengaja menghempuk kepala dengan sebarang objek keras kerana tindakan anda itu akan menggambarkan yang anda sememangnya mintak dihempuk.

Aku Yang Bosan Dengan Kota... Or Kota Yang Bosan Dengan Aku?


Terubat gak rindu aku kat kampung…sawah padi, sungai, member-member, mak aku, ayah aku. Serius best balik kali nih. Kenduri-kendara sana sini. Lagipun welknownlah uni, poli, kolej dan yang sekapal dengannya tengah cuti sakan. So bersepahlah member-member aku yang dah berzaman tak jumpa tengah lepak menghabiskan cuti kat kampung masing-masing...yang oversea pun balik spend summer kat Malaysia (Malaysia ada summer ke?). Inilah punca terjadinya acara-acara lepak tak ingat dunia tiap-tiap hari.


Pagi petang siang malam aku melepak kat luar ngan member-member lama. Ada jer projek yang nak dibuat, pergi sana pergi sini...tapi takderlah sampai tak ingat nak balik umah. Yang penting mak aku steady...dia paham aku yang sangap nak spend time ngan budak-budak tu. Yelah, bukannya zaman SPM nak kena berkurung dalam umah hadap buku siang malam. Ayah aku pun sama sporting, siap sponsor keter sebijik untuk aku kuar merayap hari-hari...coz aku balik ke kampung naik bas jer. Trimas dad! Even steady camtu, ada satu soalan ni yang mak ayah aku tak pernah lupa ajukan kat aku dari zaman aku main guli kat depan umah sampai la sekarang dah sebesar bapak orang...


”Zarif, smayang dah ke belom?”


Yup, itulah my parents…selagi kewajipan yang satu tu belum tertunai no steady, no lepak-lepak…sendiri mau ingat la Zarif!



Adik-adik...Mari Ke Sekolah...

F**ked up betul lah…tak payah la komen pasal blog orang macam tu macam ni. Lantak blogger la nak tulis apa pun kat blog dia...dah diorang wat blog memang untuk tujuan tu. Aku pun banyak gak visit blog yang bagi aku ntah pape, takder point, hampeh, tak best...tapi takder la aku nak komen pasal blog dia, mempersoalkan kelayakan dia untuk menulis sesuatu perkara or baik-buruk peribadi blogger itu sendiri...layankan entry yang dia post sudeyh. Ya, maybe ko bagus...tapi nak sekolahkan orang biar ada cara la dude. Lu masuk blog gua dengan takder cara, lu mau gua ikut cara lu? Sekolah mana lu belajar? Maybe ko wat blog coz ada something khusus yang ko nak ketengahkan...something yang lebih bersifat kematangan cam politik, fesyen, lifestyle or whatever jelah...itu ko punya hal la. Tapi aku tak, aku wat blog ni takder motif...and berlambak lagi blog yang sama spesis ngan blog aku ni...yang ko gelabah sangat apahal? Ok jer, takder pun melanggar undang-undang atas apa-apa akta. Apa yang aku rasa nak tulis aku tulis...apa-apa pun leh jadi aku nyer entry...more to universal. So tak payah la huru-harakan kepala ko nak memikirkan halatuju blog orang okay...tak suka tak payah baca. Next time kasi pikir sikit sebelum berbicara. By the way, thanks for the comment...but sorry, tak cukup bagus untuk diapprove…luaskan pemikiran anda first. Learn more.

Friday, June 5, 2009

Bangkit: Menumpang di Tanah Sendiri?

Al-kisahnya bermula daripada sms yang diterima pada 3 Jun 2009 jam 9:25 a.m:

"Salam,Khamis ini 8pg-10pg.Kita perlukan 500 org utk
mogok & mempertahankan pejabat ROTS (Team Shell) & gelanggang
Seni Sukmaraga di Pinggiran Bt Caves dari dirobohkan oleh MPS.
Diharap anda dpt korban sedikit masa utk perjuangkan
hak org Melayu dan ROTS.Arahan perjuangan dari
Abg Man,Abg Mie Otai,Abg Ali.
Sebarkan"

Maka gambar di bawah menceritakan segalanya peristiwa Khamis 4 Jun 2009...

Persiapan menyambut 'tetamu'

Coloring contest ke?

Salah satu hasil karya murid darjah 3

Vandalisme adalah musuh negara

Graffiti protes sentuhan dari anak tempatan

Mewarna...satu senaman yang memenatkan

Menanti esok menjelma

Ketibaan jemaah perang

Berkumpul menanti ketibaan 'tetamu'

Ketibaan rombongan pengantin...nak masuk jawab pantun dulu

Tuan rumah turun menjemput kepala rombongan

Kepala rombongan sila masuk...yang lain hadap kami dulu

Peserta-peserta acara langgar tak berpagar

Arahan bertenang dari Abg Ali

Liputan dari press dan tv

Gelanggang table talk antara vvip dari ROTS, PEWARIS, PPIM dan Majlis 363 dengan pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disaksikan wakil-wakil media

Cool...bawak bertenang bro

Press conference wakil PEWARIS

Penjelasan diberikan, pemahaman diperlukan

Tuesday, June 2, 2009

Keselekehan Terserlah

Mane tak selekehnya, gua boleh join event Karnival Kerjaya kat PWTC tu ngan seluar pendek, t-shirt dan sandal jer. Kesah apa gua...bukan nak gi job interview pun. Tapi terasa gak la yang gua paling 'gangster' dalam ribuan visitor kat hall tu...hahaha. Sape yang join karnival tu last day ada nampak mamat pakai t-shirt hitam ngan short hitam, gua la tuh...takder orang lain dah. Gaya dah macam nak gi lepak mamak jer.

Gua gerak sebijik kereta (3 orang). Pailang-pailang member gua pun takder la nak pakai short, bantai t-shirt ngan jeans jer. Ntah camner gua terasa panas yang amat hari Ahad tuh, sauk jer yang mana rasa best. Sampai jer PWTC gua tengok bakal-bakal pekerja berdedikasi negara boleh dikatakan semua dress formal habis. Siap tie, kemeja, slack and leather berkilat dah macam bond dah masing-masing (tak dapat job gak tak tau nak cakap la). Maybe sebab last day kot, tu yang crowd giler manusia pada hari tu.

Dah park kereta, kami bergegas ke hall entrance bersama-sama ratusan visitor lain. Member gua dah usha gua sambil senyum dah lain macam dah. Diorang boleh bahan-bahan gua masuk air…adeh. Then dekat pintu masuk tu, awek yang bertugas kat situ usha-usha gua atas bawah lak. Pastu member gua Boy boleh pulak wat lawak...”Macam kawan saya ni boleh ke masuk?” tanya Boy kepada awek tu dengan niat untuk menyegankan gua sambil jarinya dituding ke arah gua. Gua dah mula rasa ada unsur-unsur kemajalan di situ. ”Eh, boleh...takder masalah” jawab awek tu sambil mengenakan pelekat yang bertulis ”visitor” kat bahu gua. Huh, nasib baik. Visitor lain dah mula menumpukan perhatian pada keselekehan gua pada hari tu...tapi gua ni jenis yang kesah la pulak kan. Persetankan itu semua...

P/s: Boleh aje gua nak formal, lagi formal dari lu orang pun tarak hal. Tengok function la bai. Kepada yang berkenaan, best tak rasa berendam peluh hari tu? Confirm berlecak dowh!

Monday, June 1, 2009

Jihad Si Alcoholic


31 May, Jam 3:45 am, lokasi Lotus depan Avenue K KLCC. Standard malam minggu, aku gemar spend time ngan kaum-kaum aku sampai pagi menikmati kegilaan warga kota memanfaatkan weekend. Time tu setan-setan pub & club dah pun beransur pulang ke kandang masing-masing dengan mulut bau puaka arak…shit! Tengah layan borak-borak, muncul la 1 group pak Arab kecoh-kecoh keluar dari Avenue K. Ada yang kelam kabut lari, ada yang kena papah mabuk najis arak. Then belakang diorang lak 1 group Cina berlari-lari kuar dari tempat yang sama. Bila perhati betul-betul baru aku sedar ada showdown antara group Cina ngan Arab malam tu. Wah, dapat gak ubat ngantuk!


Dipendekkan citer aku ngan kaum-kaum aku pergi menyemakkan diri kat depan Avenue K tempat diorang berentap tu untuk meninjau 'job-job' kosong. Masa aku sampai tu sorang laki Cina bermuka pailang tengah talk-talk ngan sorang pak Arab sambil tolak-menolak berlaku sambil dikawal beberapa orang bouncer Melayu. Memang kecoh kat situ. Kami berpecah. Dua orang member aku masuk dalam Avenue K and nampak 2 orang perempuan Cina terbaring kat lantai. Member aku cuba tolong sambil dibantu beberapa orang dari group Cina tu sementara aku ngan yang lain standby kat tempat Cina ngan Arab tengah talk. Dari perbualan diorang tu aku tau la ni kes pasal betina yang dimulakan oleh Arab-Arab durjana tu. So kami tau la nak menyebelahi sape malam tu. Sial punya Arab, jangan nak wat palat kat tanah kami la hanjing!


Masa diorang talk tiba-tiba muncul Arab-Arab lain dari belakang berlari sambil bawak kayu, batang-batang besi dan beberapa ’alat tulis’ lain. Apa lagi, terus jadi la kat situ. Salah sorang Cina kena libas ngan buckle. Memang kelam-kabut. Tiba-tiba aku perasan makin ramai lak kat situ...back up Cina sampai ngan beberapa buah kereta. Then ini part yang best...maybe Arab-Arab tu sume dah goyang ngan kehadiran Cina yang makin ramai dibantu lak kami anak-anak Melayu, maka salah sorang pak Arab jerit kat kami. Ayat beliau adalah seperti berikut (sila baca dalam slank Arab):


”Kawan-kawan, tak ada masalah...boleh blah. Itu Chinese, non-muslim, kita jihad...kita jihad sekarang!”


Amacam, menyentuh perasaan tak ayat dia? Jihad kepala abah dia kot. Tau sebut jihad gak rupanya alcoholics ni yer. Wat malu Islam jer...kan tak pasal-pasal ko dah kena hempuk ngan member aku. Nasib la lepas tu dua orang guard siap pump gun dan beberapa buah radiocar sampai...kalau tak memang dah berbuih mulut ko kami pijak.