Friday, May 15, 2009

Rempit Ke Kami???

Info: Definisi rempit ialah sekumpulan penunggang motorsikal yang menunggang secara melulu dan merbahaya, membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya lain.


Apa? Budak motor? Mat rempit ke? Apa la sakainya masyarakat kita hari ni…asal motor jer mat rempit…pastu asal orang buat jenayah pakai motor jer dituduhnya kerja mat rempit…kalau dah jakun tu tak payah buat-buat pandai la…duk diam-diam. Kadang-kadang aku pun tak faham apa la bangsat sangat orang kita ni...suka buat kesimpulan berdasarkan persepsi, bukan berdasarkan kebenaran. Bukan apa, akhir-akhir ni kan kecoh pasal kes-kes ragut yang telah dikaitkan dengan mat rempit (giler babi media eksploitasikan golongan bikers dalam kes ni). Nasib baik la Mat Rempit ni bukan sebuah persatuan ataupun organisasi berdaftar yang diiktiraf, kalau tak memang dah kaya golongan ni asyik makan duit saman media yang buat tuduhan tanpa bukti ni jer. Silap haribulan seluruh warga penerbitan 360 tu sekali jatuh muflis kena saman dek mat-mat rempit ni (kerja-kerja gak bang, report-report gak...melangsikan diri depan kamera tak gentle la).


Fikir logik sudah wahai bangsaku, takkanlah orang nak buat kerja ragut ni pakai kereta or van lak. Dah tentu motor tu satu kenderaan yang amat fleksibel dan paling sesuai untuk meloloskan diri. So tak payah la wujudkan persepsi yang tak baik kat sesuatu golongan secara melulu. Ok fine, kalau betul la yang buat kerja jenayah tu mat rempit sekalipun jangan kondemkan keseluruhan golongan ni sebab kat luar sana ramai lagi golongan bikers ni yang sedang memerhati (awal-awal dulu siapa yang pandai-pandai labelkan semua bikers ni adalah mat rempit kalau bukan masyarakat kita sendiri). Aku nak tanya, pernah ada kes di mana anggota penguatkuasa sendiri terlibat dalam kes rogol...marah tak kalau aku labelkan semua encik penguatkuasa tu adalah perogol? Mesti la encik-encik penguatkuasa pun akan berbulu dan rasa nak sepak jer muka aku...betul tak?


Sekarang ni tengah hot operasi bersepadu besar-besaran anti lumba haram especially kat KL yang sememangnya akan menguji budak-budak motor ni (masing-masing muka dah sangap disebabkan dah lama sangat RXZ terpaksa dikuarantin dalam rumah, hari-hari naik kereta pun sakit otak gak). Nama jer ops anti lumba haram, tapi tak habis-habis yang kena rushnya kat Dataran Merdeka (ada ke orang race kat situ?). Kenapa tak pergi ke highway Bukit Raja ke, Wahyu ke, DUKE ke yang sememangnya menjadi port rider-rider ni setting motor (termasuklah budak-budak gua...hehe). Oops...lupa lak, kat Dataran Merdeka barulah cun masuk tv. Bawak reporter and kamera banyak-banyak takkan nak shoot kat highway kot. Lagipun kalau skuad 42 nak kejar rider-rider ni kat highway belum tentu dapat pun...bubye jelah. So rakamlah serakam-rakamnya kat Dataran tu...masuklah muka-muka skema yang tidak bersalah yang tengah melepaskan tekanan melepak kat situ yang kebanyakannya student (dah nama pun malam minggu takkan nak lepak bilik jer kot). Tapi yang dapat nama mat rempitlah (aku gelak jer tengok ’mat-mat rempit’ skema ni ngan helmet bangang KHI nyer, motor-motor ”J*h*rian’s colors” pun ada...siap bertampal stiker kolej lagi. Bapak selekeh nya sudut pemahaman media ni kat mat rempit...patut la diorang boleh buat drama gampang Remp-it vs Impak Maksima tu...wahahaha!). Encik, kalau taraf tu jer standard budak-budak motor yang dimaksudkan, sekarang jugak aku bersara main motor.


Info: Arai RamIII Okada, Koi dan Nakano

Belilah dengan harga borong...3 for RM10k...ader bran?


Aduyai, aku bukannya nak mempertikaikan kerja polis or orang media, tapi kalau rasa tak boleh melaporkan berita yang tepat baik tak payah wat liputan. Biar polis buat kerja diorang, media tak payah nak semak-semak cari point ngan mat rempit. Polis pun buat kerja tu biar la jujur especially skuad 42, jangan asyik fikir publisiti ngan duit kopi jer. Hmm...tak hairanlah kenapa masyarakat pandang serong pada golongan riders ni, semuanya berpunca daripada provokasi yang dimainkan media seolah-olah semua budak motor adalah mat rempit yang kononnya datang dari golongan bawahan (golongan miskin) di mana mereka dianggap telah terpengaruh dengan gejala sosial dan banyak terlibat dengan aktiviti jenayah...betul ke semua tu??? Hahaha...what a beautiful liar...nak tau? Rajin-rajin la bertanya...bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”…=)


5 comments:

redstella said...

masyuk bleh arr...

night shooter said...

masyuk x masyuk gak r..

S@m a.k.a konar kambin said...

kire lu ni..golongan pemikir gak r... long live da facism!!

night shooter said...

benda senang jer..pikir rasional sudeyh..

keciks said...

ak sbg riders LC pon trase gak sbb ak ni jenis suke modi luaran moto...

ade 1 kx ni kne roadblock...
ak follow je la..
dah tu trus trang polis tu bg ak ni "mat rempit" n then bg 7 cas saman...
apekebndenye...
tgok moto dah makeup sane sini dah tu bgtaw "mat rempit"....mulut tu x de insuran ke??

tp ak sokong 100% ap yg ko bgtaw sbb mindset manusia ni mmg sejenis je...