Friday, May 15, 2009

Celoteh Mother's Day

Pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: ”Ya Rasulullah! Saya mempunyai seorang ibu, yang saya gendong di punggung saya. Saya tidak pernah bermasam muka dan mengeluh kepadanya. Saya serahkan hasil mata pencarian saya (yakni hasil atau upah dari pekerjaan) kepadanya. Sudahkah saya disebut sebagai membalas budinya?” Jawab Rasulullah s.a.w: ”Tidak! Walaupun satu tarikan nafas panjangnya.” Orang itupun bertanya lagi: ”Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Maka jawab Rasulullah: ”Kerana (dahulu) ibumu memeliharamu dengan harapan engkau panjang umur, dan ketika engkau memelihara ibumu padahal engkau ingin dia mati”


(Riwayat Abu Hasan al-Mawardi)


Demikianlah petikan ayat yang telah diriwayatkan oleh Abu Hasan al-Mawardi berkenaan dengan hubungan antara seorang anak dengan ibunya. As everyone know, ibu adalah seorang insan yang sangat dimuliakan oleh Allah, yang telah bergelumang dengan kepayahan dan kesukaran sewaktu mengandung dan melahirkan kita. Sememangnya jasa seorang ibu tidak dapat diukur dengan segala jenis timbangan yang ada dalam dunia ni. So, sempena Hari Ibu kali ni aku nak bermuhasabah diri sikit berkenaan hubungan kita sebagai anak dengan insan yang telah melahirkan kita.


Hukum berbakti kepada ibu adalah wajib. So bila tak dilaksanakan, maka berdosa besarlah kerana kewajipan itu telah diabaikan. Kalau korang kaji betul-betul dalam al-Quran memang tak ada ayat yang memerintahkan seorang ayah mengasihi anaknya. Dan dalam agama Islam sendiri amat sedikit suruhan ataupun perintah agar orang tua menyayangi anaknya. Tapi sebaliknya yang teramat diutamakan adalah agar si anak mengasihi kedua ibu bapanya. Apa sebabnya erk? Hmm...sebabnya ialah walaupun tak diperintahkan untuk mengasihi anak, tapi telah dijadikan Allah hati dan sanubari manusia yang bergelar ibu dan bapa ini akan secara automatik mengasihi anak-anaknya. Naluri mereka ini lah yang akan membuatkan mereka sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya.


Dalam hadis-hadisnya, Rasulullah s.a.w lebih mengutamakan supaya berbakti kepada ibu daripada bapa, walaupun berbakti kepada bapa itu juga bukanlah satu hal yang boleh dianggap ’kacang’. Rasulullah pernah menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya tentang membalas jasa ibunya. Jawapan yang diberikan oleh Rasulullah kepada sahabatnya itu telah ’memecahkan’ kesombongan sang anak yang beranggapan akan dapat membalas jasa ibunya. Korang faham ke tak? Maksudnya tidak ada apa-apa pun yang boleh dilakukan oleh kita sebagai seorang anak untuk menyamai darjat jasa yang telah dicurahkan oleh ibu kepada kita. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah teruskan berbakti kepada mereka dan elakkan daripada berkata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka. Layanlah mereka seistimewa yang boleh, senangkanlah hati mereka, belailah mereka selagi kita masih berkesempatan menyentuh mereka di dunia ni. Yang paling penting iringilah semua itu dengan doa...dan hanya doa anak-anak yang soleh lah yang akan terus mendampingi mereka walaupun mereka tidak lagi menjadi penghuni dunia yang sementara ini.


As a conclusion, sempena Hari Ibu ni marilah kita sama-sama meraikan insan no 1 dalam hidup kita ni. At least kalau jauh pun wish la...call ke, sms ke. Kalau rasa-rasa ibu korang tu celik IT boleh-boleh la 3G or skype…zaman skang tak payah risau, banyak option…pilih jer. Apapun, hargailah mereka dengan apa cara sekalipun sementara kita masih boleh mendakap tubuh mereka. Jangan bila sampai masanya mereka kembali kepadaNya, barulah kita tersedar yang kita sebenarnya baru sahaja kehilangan suatu permata kurniaan Ilahi yang amat tinggi nilainya. Dan bagi korang yang ibu telah pergi ke hadratNya, banyakkanlah berdoa untuk mereka. Insyaallah setiap doa yang korang kirimkan akan menjamin kesejahteraan mereka di alam yang sana...amin.


P/s: Di kesempatan ni aku nak wish kat semua insan yang bergelar ibu especially bondaku Wan Khamsiah bt Wan Hassan...anakanda ucapkan Selamat Hari Ibu buat kalian semua. Terima kasih yang tidak terhingga buat bonda yang telah melahirkan dan membesarkan anakanda dengan penuh kasih sayang dan didikan selama anakanda hidup di dunia ini. Sesungguhnya hidup mati anakanda tidak akan dapat membalas segala jasa mulia bonda itu...thanks a lot mom.

No comments: