Friday, May 22, 2009

Don't Try This With Your Kapcai

J-Force sudeyh...

Caution: Sebelum anda tonton pastikan anda cool and open minded...don't be bangang, don't sakai-sakai...just relax and enjoy the ride. Ini bukan samseng-samseng jalanan...this is only a ride for justice. Layannn!


Stars of Arai RamIII
Starring: Nankai Blue, Crank, Plain Silver, Limited Yellow, Stella, Okada, Stout, Plain Blue, Koi

Thursday, May 21, 2009

DEVILOCK Spring 2009

DEVILOCK - DEVIL BATMAN LOCK PK Series 2*
Color/Size: Black M
Price: S$408.00

DEVILOCK - DEVIL BATMAN LOCK PK Series 3*

Color/Size: Black M
Price: S$408.00

Friday, May 15, 2009

Hikayat Dari Bawah Tanah

Familiar tak dengan nama-nama cam Trainspotting? A Clockwork Orange? The Velvet Underground & Nico? Bagi korang yang ber-attitude-kan ala-ala UK, layan British nyer music, dress up ala-ala Pete Doherty (generasi ber-skinny) mesti tau kan. Itu adalah antara tajuk underground film yang mungkin popular pada pendapat aku (maybe sebab aku dah tengok). Tapi sebenarnya banyak lagi filem-filem vintage ni kalau nak habaq pi (akan dilistkan kemudian). Tak tau la kot-kot korang ni just a poser jer, haram jadah apa pun tak tau. Tak best la camtu. Oklah, aku tak nak fokus kat benda lain, tapi aku nak kongsi serba sedikit apa yang aku tau pasal filem-filem old-skool ni.


Kalau korang perasan la filem-filem yang mempunyai nama besar dalam underground scene seperti The Godfather, Scarface, Quadrophenia dan sebagainya ni banyak mengenengahkan unsur-unsur yang agak ’liar’ seperti unsur kemafiaan, punkster, gangsterisme, sex, drugs, violence dan yang sekapal dengannya. Maybe sebab tu lah filem-filem ni tak dihighlightkan kat negara kita. Namun pengaruhnya pada muda-mudi sekarang tak boleh dipandang rendah. Ini ditambah pula apabila filem-filem old-skool ni menjadi inspirasi dan ikon penting bagi brand-brand terkemuka seperti Zara, Topman+Topshop dan Gio-Goi untuk mengeluarkan design-design terbaru stuff diorang. Tidak ketinggalan juga brand-brand designer seperti Andy Warhol dan Vivienne Westwood (designer yang telah membawa elemen punk ke dalam mainstream fashion) yang sememangnya membawa konsep vintage dan banyak menghasilkan design yang diadaptasikan daripada old-skool movies ni.


Info: Pete Doherty (The Libertines) adalah model bagi brand Gio-Goi yang mana telah menerima tawaran menjadi model brand tersebut atas dasar bersaing dengan bekas pacarnya Kate Moss (actress) merangkap model bagi brand Topshop.



Imej dan publisiti filem-filem old-skool ni juga telah dikembangkan dalam music industry oleh band-band terkemuka khususnya britpop dan indie band especially dari europe apabila video clip diorang banyak menyelitkan scene-scene yang terdapat dalam filem-filem ni. Bukan itu sahaja, t-shirt dan berbagai merchandise filem old-skool ni dipromotekan oleh band-band ni melalui video clip, tv special, tour, gig dan konsert mereka. Antara band yang aku tau yang anggotanya kerap menayang t-shirt filem-filem underground ni adalah seperti The Strokes, Adam & The Ants, Lockjaw, The Libertines, Sonic Youth, Death Cab For Cutie, The White Stripes, Stiff Little Fingers, The Cortinas, Radiators From Space, Bloc Party, Arctic Monkeys dan banyak lagi la (otak aku pun dah hang nak ingat semua).



Kat bawah ni aku listkan beberapa cheritera underground vintage dan juga baru yang sempat aku kaji. Rasa nak layan rajin-rajin la memuat turun yer...


-Ladri di biciclette (1948) Vittorio De Sica
-La Dolce Vita
(1960) Federico Fellini
-The Velvet Underground and Nico
(1966) Andy Warhol
-The Endless Summer
(1966) Bruce Brown
-If....
(1968) Lindsay Anderson
-More
(1969) Barbet Schroeder
-A Clockwork Orange (film)
(1971)
-American Graffiti
(1973)
-The Rocky Horror Picture Show
(1975) Jim Sharman
-The Blank Generation
(1976) Amos Poe
-Taxi Driver
(1976) Martin Scorsese
-Blank Generation
(1976)
-Jubilee
(1977) Derek Jarman
-Crash and Burn
(1977) Ross McLaren
-The Foreigner
(1978) Amos Poe, No Wave Cinema
-The Last Pogo
(1978)Colin Brunton
-The Punk Rock Movie
(1978) Don Letts (also known as The Punk Rock Movie from England)
-Over The Edge
(1979)
-Rock 'n' Roll High School
(1979) Roger Corman
-Mad Max
(1979)
-Breaking Glass
(1980)
-The Great Rock 'n' Roll Swindle
(1980)
-Times Square
(1980)
-D.O.A.
(1981)
-Downtown 81
(1981)
-Ladies and Gentlemen, The Fabulous Stains
(1981)
-The Decline of Western Civilization
(1981) Penelope Spheeris
-Urgh! A Music War
(1981)
-Liquid Sky
(1982)
-Blade Runner
(1982) Ridley Scott
-Ebba the Movie
(1982)
-The Atomic Cafe
(1982) Kevin Rafferty
-Cop Killer
(1983)
-Valley Girl
(1983)
-Another State of Mind
(1984)
-Dudes
(1984) Penelope Spheeris
-Suburbia
(1984) Penelope Spheeris
-Repo Man
(1984) Alex Cox
-Purple Rain
(1984)
-Return of the Living Dead
(1985)
-The Breakfast Club
(1985)
-Sid and Nancy
(1986) Alex Cox
-Thrashin' (1986)

-Rad (film)
(1986) Hal Needham
-True Stories
(1986) David Byrne
-X: The Unheard Music
(1986)
-Dogs In Space
(1987) John Lurie
-Straight to Hell
(1987) Joe Strummer, Courtney Love
-Eat The Rich
(1987)
-Tapeheads
(1988)
-Short Circuit 2
(1988)
-Gleaming the Cube
(1989)
-Heathers
(1989)
-Terminal
City
Ricochet (1990)
-Point Break
(1991)
-1991: The Year Punk Broke
(1992)
-Romper Stomper
(1992)
-The Yo-Yo Gang
(1992) G.B. Jones
-Frank's Wild Years
(1994) Jesse Richards
-Hated: GG Allin and the Murder Junkies
(1994) Todd Phillips
-Dika: Murder City
(1994) Michael D. Moore
-Youngblood
(1995) Harris Smith
-Tank Girl
(1995)
-Hard Core Logo
(1996)
-Queercore: A Punk-U-Mentary
(1996) Scott Treleaven
-Hype!
(1996) Doug Pray
-She's Real, Worse Than Queer
(1997) Lucy Thane
-Outsider
(1998) Andrej Košak
-Vennaskond. Millennium
(1998) Tõnu Trubetsky
-Pecker
(1998) John Waters
-SLC Punk
(1999)
-Detroit
Rock City
(1999)
-The Filth and the Fury
(2000)
-The Clash: Westway To The World
(2000)
-Was Tun, Wenn's Brennt?
(2001)
-24 Hour Party People
(2002) Michael Winterbottom
-Punk Rock Holocaust
(2003)
-Rise Above: A Tribe 8 Documentary

-Shooting at the Moon
(2003) Jesse Richards
-Boston
Beatdown (2004)
-End of the Century: The Story of the Ramones (2004)

-Vennaskond. Sügis Ida-Euroopas
(2004) Tõnu Trubetsky
-Beyond The Screams: A U.S. Latino Hardcore Punk Documentary
(2004) Martin Sorrondeguy
-Punk: Attitude
(2005) Don Letts
-Afro-punk
(2005)
-Art School Confidential
(2006)
-Punk's Not Dead
(2006) Susan Dynner
-What We Do Is Secret
(2006) Rodger Grossman
-American Hardcore
(2006) Paul Rachman
-Loren Cass
(date unknown)
-The Story of the Clash
(date unknown)
-The Ramones and I
(date unknown) Rusty Nails
-UK
Subs: Punk Can Take It (date unknown)

Rempit Ke Kami???

Info: Definisi rempit ialah sekumpulan penunggang motorsikal yang menunggang secara melulu dan merbahaya, membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya lain.


Apa? Budak motor? Mat rempit ke? Apa la sakainya masyarakat kita hari ni…asal motor jer mat rempit…pastu asal orang buat jenayah pakai motor jer dituduhnya kerja mat rempit…kalau dah jakun tu tak payah buat-buat pandai la…duk diam-diam. Kadang-kadang aku pun tak faham apa la bangsat sangat orang kita ni...suka buat kesimpulan berdasarkan persepsi, bukan berdasarkan kebenaran. Bukan apa, akhir-akhir ni kan kecoh pasal kes-kes ragut yang telah dikaitkan dengan mat rempit (giler babi media eksploitasikan golongan bikers dalam kes ni). Nasib baik la Mat Rempit ni bukan sebuah persatuan ataupun organisasi berdaftar yang diiktiraf, kalau tak memang dah kaya golongan ni asyik makan duit saman media yang buat tuduhan tanpa bukti ni jer. Silap haribulan seluruh warga penerbitan 360 tu sekali jatuh muflis kena saman dek mat-mat rempit ni (kerja-kerja gak bang, report-report gak...melangsikan diri depan kamera tak gentle la).


Fikir logik sudah wahai bangsaku, takkanlah orang nak buat kerja ragut ni pakai kereta or van lak. Dah tentu motor tu satu kenderaan yang amat fleksibel dan paling sesuai untuk meloloskan diri. So tak payah la wujudkan persepsi yang tak baik kat sesuatu golongan secara melulu. Ok fine, kalau betul la yang buat kerja jenayah tu mat rempit sekalipun jangan kondemkan keseluruhan golongan ni sebab kat luar sana ramai lagi golongan bikers ni yang sedang memerhati (awal-awal dulu siapa yang pandai-pandai labelkan semua bikers ni adalah mat rempit kalau bukan masyarakat kita sendiri). Aku nak tanya, pernah ada kes di mana anggota penguatkuasa sendiri terlibat dalam kes rogol...marah tak kalau aku labelkan semua encik penguatkuasa tu adalah perogol? Mesti la encik-encik penguatkuasa pun akan berbulu dan rasa nak sepak jer muka aku...betul tak?


Sekarang ni tengah hot operasi bersepadu besar-besaran anti lumba haram especially kat KL yang sememangnya akan menguji budak-budak motor ni (masing-masing muka dah sangap disebabkan dah lama sangat RXZ terpaksa dikuarantin dalam rumah, hari-hari naik kereta pun sakit otak gak). Nama jer ops anti lumba haram, tapi tak habis-habis yang kena rushnya kat Dataran Merdeka (ada ke orang race kat situ?). Kenapa tak pergi ke highway Bukit Raja ke, Wahyu ke, DUKE ke yang sememangnya menjadi port rider-rider ni setting motor (termasuklah budak-budak gua...hehe). Oops...lupa lak, kat Dataran Merdeka barulah cun masuk tv. Bawak reporter and kamera banyak-banyak takkan nak shoot kat highway kot. Lagipun kalau skuad 42 nak kejar rider-rider ni kat highway belum tentu dapat pun...bubye jelah. So rakamlah serakam-rakamnya kat Dataran tu...masuklah muka-muka skema yang tidak bersalah yang tengah melepaskan tekanan melepak kat situ yang kebanyakannya student (dah nama pun malam minggu takkan nak lepak bilik jer kot). Tapi yang dapat nama mat rempitlah (aku gelak jer tengok ’mat-mat rempit’ skema ni ngan helmet bangang KHI nyer, motor-motor ”J*h*rian’s colors” pun ada...siap bertampal stiker kolej lagi. Bapak selekeh nya sudut pemahaman media ni kat mat rempit...patut la diorang boleh buat drama gampang Remp-it vs Impak Maksima tu...wahahaha!). Encik, kalau taraf tu jer standard budak-budak motor yang dimaksudkan, sekarang jugak aku bersara main motor.


Info: Arai RamIII Okada, Koi dan Nakano

Belilah dengan harga borong...3 for RM10k...ader bran?


Aduyai, aku bukannya nak mempertikaikan kerja polis or orang media, tapi kalau rasa tak boleh melaporkan berita yang tepat baik tak payah wat liputan. Biar polis buat kerja diorang, media tak payah nak semak-semak cari point ngan mat rempit. Polis pun buat kerja tu biar la jujur especially skuad 42, jangan asyik fikir publisiti ngan duit kopi jer. Hmm...tak hairanlah kenapa masyarakat pandang serong pada golongan riders ni, semuanya berpunca daripada provokasi yang dimainkan media seolah-olah semua budak motor adalah mat rempit yang kononnya datang dari golongan bawahan (golongan miskin) di mana mereka dianggap telah terpengaruh dengan gejala sosial dan banyak terlibat dengan aktiviti jenayah...betul ke semua tu??? Hahaha...what a beautiful liar...nak tau? Rajin-rajin la bertanya...bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”…=)


Celoteh Mother's Day

Pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: ”Ya Rasulullah! Saya mempunyai seorang ibu, yang saya gendong di punggung saya. Saya tidak pernah bermasam muka dan mengeluh kepadanya. Saya serahkan hasil mata pencarian saya (yakni hasil atau upah dari pekerjaan) kepadanya. Sudahkah saya disebut sebagai membalas budinya?” Jawab Rasulullah s.a.w: ”Tidak! Walaupun satu tarikan nafas panjangnya.” Orang itupun bertanya lagi: ”Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Maka jawab Rasulullah: ”Kerana (dahulu) ibumu memeliharamu dengan harapan engkau panjang umur, dan ketika engkau memelihara ibumu padahal engkau ingin dia mati”


(Riwayat Abu Hasan al-Mawardi)


Demikianlah petikan ayat yang telah diriwayatkan oleh Abu Hasan al-Mawardi berkenaan dengan hubungan antara seorang anak dengan ibunya. As everyone know, ibu adalah seorang insan yang sangat dimuliakan oleh Allah, yang telah bergelumang dengan kepayahan dan kesukaran sewaktu mengandung dan melahirkan kita. Sememangnya jasa seorang ibu tidak dapat diukur dengan segala jenis timbangan yang ada dalam dunia ni. So, sempena Hari Ibu kali ni aku nak bermuhasabah diri sikit berkenaan hubungan kita sebagai anak dengan insan yang telah melahirkan kita.


Hukum berbakti kepada ibu adalah wajib. So bila tak dilaksanakan, maka berdosa besarlah kerana kewajipan itu telah diabaikan. Kalau korang kaji betul-betul dalam al-Quran memang tak ada ayat yang memerintahkan seorang ayah mengasihi anaknya. Dan dalam agama Islam sendiri amat sedikit suruhan ataupun perintah agar orang tua menyayangi anaknya. Tapi sebaliknya yang teramat diutamakan adalah agar si anak mengasihi kedua ibu bapanya. Apa sebabnya erk? Hmm...sebabnya ialah walaupun tak diperintahkan untuk mengasihi anak, tapi telah dijadikan Allah hati dan sanubari manusia yang bergelar ibu dan bapa ini akan secara automatik mengasihi anak-anaknya. Naluri mereka ini lah yang akan membuatkan mereka sanggup berkorban apa saja demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya.


Dalam hadis-hadisnya, Rasulullah s.a.w lebih mengutamakan supaya berbakti kepada ibu daripada bapa, walaupun berbakti kepada bapa itu juga bukanlah satu hal yang boleh dianggap ’kacang’. Rasulullah pernah menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya tentang membalas jasa ibunya. Jawapan yang diberikan oleh Rasulullah kepada sahabatnya itu telah ’memecahkan’ kesombongan sang anak yang beranggapan akan dapat membalas jasa ibunya. Korang faham ke tak? Maksudnya tidak ada apa-apa pun yang boleh dilakukan oleh kita sebagai seorang anak untuk menyamai darjat jasa yang telah dicurahkan oleh ibu kepada kita. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah teruskan berbakti kepada mereka dan elakkan daripada berkata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka. Layanlah mereka seistimewa yang boleh, senangkanlah hati mereka, belailah mereka selagi kita masih berkesempatan menyentuh mereka di dunia ni. Yang paling penting iringilah semua itu dengan doa...dan hanya doa anak-anak yang soleh lah yang akan terus mendampingi mereka walaupun mereka tidak lagi menjadi penghuni dunia yang sementara ini.


As a conclusion, sempena Hari Ibu ni marilah kita sama-sama meraikan insan no 1 dalam hidup kita ni. At least kalau jauh pun wish la...call ke, sms ke. Kalau rasa-rasa ibu korang tu celik IT boleh-boleh la 3G or skype…zaman skang tak payah risau, banyak option…pilih jer. Apapun, hargailah mereka dengan apa cara sekalipun sementara kita masih boleh mendakap tubuh mereka. Jangan bila sampai masanya mereka kembali kepadaNya, barulah kita tersedar yang kita sebenarnya baru sahaja kehilangan suatu permata kurniaan Ilahi yang amat tinggi nilainya. Dan bagi korang yang ibu telah pergi ke hadratNya, banyakkanlah berdoa untuk mereka. Insyaallah setiap doa yang korang kirimkan akan menjamin kesejahteraan mereka di alam yang sana...amin.


P/s: Di kesempatan ni aku nak wish kat semua insan yang bergelar ibu especially bondaku Wan Khamsiah bt Wan Hassan...anakanda ucapkan Selamat Hari Ibu buat kalian semua. Terima kasih yang tidak terhingga buat bonda yang telah melahirkan dan membesarkan anakanda dengan penuh kasih sayang dan didikan selama anakanda hidup di dunia ini. Sesungguhnya hidup mati anakanda tidak akan dapat membalas segala jasa mulia bonda itu...thanks a lot mom.

Hayat Sekuntum Mawar

Kita selalu mendengar ungkapan pepatah “patah tumbuh hilang berganti”. Ya, itulah lumrah kehidupan...setiap apa yang kita miliki sekarang tak semesti akan selamanya kita miliki...mungkin kita akan merasai kehilangannya dan akan ada gantinya dengan sesuatu yang baru. Tapi aku ada prinsip aku sendiri...apa yang patah mungkin akan tumbuh seperti asalnya, tapi tak semua kehilangan dapat diganti seperti sedia kala. Mungkin atas dasar prinsip itulah aku sangat menghargai apa yang ada di sekeliling aku, apa yang aku miliki dalam hidup aku...semuanya amat bernilai bagi aku. Tapi, kita hanyalah makhluk yang cuma merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya. Sedangkan roh dan jasad kita sendiri hanyalah pinjaman daripadaNya.

Hiduplah aku dengan prinsip aku yang bersifat ”hanya merancang” itu...sehinggalah aku merasai kepedihan kehilangan...ya, kehilangan kekuatan, kehilangan semangat...kehilangan sekuntum mawar yang selama ini aku jaga sepenuh perhatianku, yang aku siram dan aku baja, yang aku dakap bersama ke mana jua aku pergi. Hancur musnahlah prinsip dan cita-cita yang selama ini berdiri teguh dalam diri aku. Tidak ada kata-kata yang boleh aku luahkan untuk gambarkan apa yang telah melanda sanubariku...aku bagaikan hilang punca, aku hanyut buat seketika. Sekelip mata taman kasih yang aku bina buat sang mawar binasa dirempuh taufan. Walaupun aku masih mampu tersenyum menatap bencana yang berlaku, tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu rintihannya. Rintihan yang memohon dariMu agar Kau lindungi mawarku daripada segala keburukan dan kesulitan, agar Kau bukakan pintu hatinya untukMu. Kau istiqamahkanlah dia di jalanMu...dan Kau berikanlah juga kekuatan untuk aku teruskan perjalanan yang masih jauh di bumiMu ini. Jika benar semua yang berlaku ini adalah suatu ketentuan dariMu...aku redha...

Angin malam hembuskan pesanku ini ke dalam mimpinya ~ Abg minta maaf coz terpaksa rude, berkasar bahasa dengan b since abg tahu apa sebenarnya yang berlaku. Abg just nak sedarkan b for everything that happened to us before...apa yang salah itu tetap salah. Abg terpaksa tipu diri sendiri. But the truth is the word ”hate ” was never exist. How can I hate a part of me that I always care. Abg sememangnya dari awal tahu b sebenarnya dah pilih jalan salah and make a wrong decision…and b dah pun rebah di jalan pilihan b itu…something that I really…aaarrghhhh fuck! Tapi apakan daya abg bila semuanya itu kehendak b sendiri. Please b, don’t let the tears rise again from your eyes. Jangan biarkan apa yang abg tak sanggup nak hadap terjadi lagi. Abg sedar dunia kita berbeza…and abg lepaskan b demi masa depan yang lebih baik buat b. Please, jangan sia-siakan apa yang abg dah korbankan ni. Walau di mana, walau dengan siapa pun b bersama…make sure that you’ve make the best choice…in the right way, with the right one. Don’t forget that I'll always miss your smile, your laugh…be a good girl b…

Tuesday, May 5, 2009

History of "Eyes of Riders"


Ray-Ban is a manufacturer of sunglasses, founded in 1937 by Bausch & Lomb. They were introduced for the United States Army Air Corps. In 1999, Bausch & Lomb sold the brand to the Italian Luxottica Group for a reported 1.2 billion dollars.

Ray-Bans were initially created in 1937 after Lieutenant John MacCready had returned from a balloon flying adventure in 1920. He complained that the sun had done permanent damage to his eyes. He contacted Bausch & Lomb asking them to create a type of sunglasses that would not only provide superb protection, but also look elegant. On May 7, 1937, Bausch & Lomb officially took out the patent. The prototype, known as Anti-Glare, consisted of an extremely light frame weighing 150 grams. They were made of gold-plated metal with two green lenses made of mineral glass to filter out infrared and ultraviolet rays. Pilots in the United States Army Air Corps immediately adopted the sunglasses. The Ray-Ban Aviator became a well-known style of sunglasses when General Douglas MacArthur landed on the beach in the Philippines in World War II, and photographers snapped several pictures of him wearing them.

Hundreds of Ray-Ban Sunglasses have made appearances in Hollywood films; the first dates back to the 1961 movie Breakfast at Tiffany’s, starring Audrey Hepburn as Holly Golightly. Later, the popularity of Ray-Ban sunglasses was confirmed in the Hollywood hit Blues Brothers starring Dan Aykroyd and John Belushi. Later, Tom Cruise added his own contribution in the 1983 hit Risky Business, and the 1986 blockbuster Top Gun. Cruise has subsequently been among the greatest promoters of Ray-Ban Sunglasses, due to the resurgance of both Wayfarers and Aviators because of the aforementioned movies. In the 1997 box office hit Men in Black, Will Smith also made Ray-Ban appeal to even more people with a reference to the sunglasses.



President Barack Obama has also been repeatedly photographed wearing Ray-Ban sunglasses including on the cover of Ebony magazine.

James Allan lead singer of critically acclaimed scottish rock band Glasvegas is nearly always seen wearing Ray-Ban's.

Other notable celebrities known for wearing Ray-Ban sunglasses in the past include Bob Dylan, Joe Strummer, Roy Orbison, Alex Demosthenes, Slash, James Dean, Robert Pattinson and Andy Warhol.

On 9 December 2008, Bowery Ballroom (New York) hosted the Ray-Ban Remasters concert, which showcased the 50’s inspired RayBan Clubmaster sunglasses. The event brought a number of rock n’ roll bands and celebrities from the cast of Gossip Girl, including Blake Lively, Joshua Jackson, Dianne Kruger.