Monday, April 6, 2009

Surat Langsi

Korang pernah tak rasa tak puas hati ke nak luah perasaan ke pasal apa-apa yang tak cukup dalam job korang? Bagi korang yang dah ada job confirm pernah nyer. Especially pasal gaji dan facilities la. Dan korang pun mesti akan terasa nak memberontak dengan korang nyer tauke, majikan ataupun bos korang kan. Maka bermulalah al-kisah surat-menyurat, adu-mengadu, complaint-mengomplaint dan sebagainya...standard. Tapi aku yakin korang akan wat semua tu dengan penuh peradaban dan keformalan. Maklumlah, nak ayat bos. Tak macam member aku sorang ni...langsi tak ingat ngan bos (Din...Din...tau la ko tu ada nama dalam GDex). Kok ye pun nak protes biar la formal. Tak pasal-pasal satu rumah aku tergelak baca surat protes ko ni...hahaha. Meh tengok apa yang member aku ni tulis...original punya. Check this out!






Suara hati budak-budak SDD



Masalah team SDD

Punca pasal minyak naik. Bila minyak naik, satu badan bole naik angin.

Macam mana, kite orang nak buat keje. Projek banyak masuk, urgent sana,urgent sini, masuk sana, masuk sini. Tapi perasaan kite orang bos tahu ke...


  1. Bulan ni kite orang semua terpaksa kuar duit sendiri. Untuk cover duit minyak. Kalau minyak tak isi macam mana nak jalan projek. Time tu baru la.

LU PIKIR LA SENDIRI...


  1. SDD maksudnya same day deliver. Bahasa melayu, hantar barang pada hari yang sama. Area kite orang pulak besar. Pendek kata, memang susah keje macam kami. Tu pendek yang kata. Panjang kata, rasa malas je nak hantar hari ni. Sebab apa, hari-hari kuar duit sendiri. Nak isi minyak.

LU PIKIR LA SENDIRI...


  1. Baru-baru ni, ada berita baik untuk kite orang. Minyak bos naik kan lagi sebanyak RM2.00 jumlah semua RM 7.00, 7 ringgit baru setengah jalan. Lagi setengah nak campak mana. Kite orang semua terpaksa kuar duit poket sendiri. Sehari perbelanjaan untuk isi minyak kite orang bole sampai RM 20.00 sehari. Macam ni, bila nak kaya...

LU PIKIR LA SENDIRI...


Surat ni bukan nak sakitkan hati dan perasaan tuan. Ni semua untuk memberitahu pada tuan. Masalah yang kami hadapi. Suara hati kami... betapa sakitnye kite orang berkerja.Kami harap tuan pikir masalah kami.


Kami ingin meminta jasa baik tuan. Beri la tambahan wang untuk kami. Dulu tuan ada bagi elauan ODA. Sebanyak RM 5.00 jadi total duit minyak sehari ialah RM12.00

RM12.00 x cukup. Sekarang harga spareparts pun dah naik.


Kami semua nak tuan naikkan elauan ODA kami, daripada RM5.00 kepada RM10.00

bila di total semuanye sekali ialah RM 17.00 sehari. Kami minta tuan timbangkan masalah kami.


Tuan kami berharap tuan, bole dapatkan kami punye special elauan kami balik. Dengan cara ni jugak bole mengurangkan beban masalah SDD. Kami mintak duit lebih sebab nak cover masalah moto kami.

Masalah barang moto naik, pun menjadi masalah kepada kami.

Harga spareparts naik. Macam kami team SDD, tayar kami bole tahan 3 bulan je. Ni sebab area kami yang besar. Kami mintak tuan mempertimbangkan masalah kami ni.


Lagi satu tuan, Kami mencadangkan supaya pertukaran uniform baru dibuat setahun sekali bagi memajukan team SDD. Kenapa...???

Takkan nak pegi deliver pakai baju yang lusuh. Kalau customer tengok. Apa la diaorang kata. Tuan kami mencadangkan supaya ada uniform khas untuk SDD team.

Tuan patut berbangga dengan kami. Sebab kami semua menjalankan operasi ni dengan baik dan lancar. Buat masa ni, team SDD menjalankan operasi dengan baik.


...TEAM WORK...


Mari la kite pikir kan...

Ni la suara hati kite orang semua... team SDD

Saya meminta maaf kalau terkasar bahasa. Saya berharap tuan dapat menyeselesaikan masalah kami. Kami mahu perubahan dalam team kami. Supaya lagi senang kami melakukan operasi dengan baik dan lancar. Ni semua untuk memajukan team SAME DAY DELIVER.



(”,)peace+lov+harmony...

B/up 02




Amacam, langsi tak member aku? Din...Din...selamber ko jer pakai bahasa pasar. Dah la format surat ntah apa-apa...protes lak satu hal, lepas tu minta lak macam-macam...nak baju baru, uniform khas la. Hahaha...itulah Din, seorang despatch kat company GDex. Tapi korang jangan pandang despatch ni sebelah mata, income bulanan dia mengalahkan sebahagian besar kakitangan awam. Tak heran la ko tiptop Din...wa caya sama lu!

3 comments:

z.a.r.a said...

wakakakka..bapakk langsi kawan ko tu...

aku bantai gelak je ni...adess~

klau aku jdi bos die...mau nye aku gelak dulu then baru pertimbangkn permintaan2 die yg bnyk tu..

Tp last2 surat tu kawan ko bg x kat bos die?

night shooter said...

a'ah..dia bg r..

bos dia ckp.."din2..ye btol ape yg kamu ckp..tp bkn cara ini mcm la"..lebih kurg camtu la bunyinye..

hehe..

z.a.r.a said...

hahahah adoii....aku ingatkn lepas korang baca die x jdi bagi kat bos die...

nsib baik xkena brnti keje kawan ko tu..

sabo je la...